S4S anjur konvoi 22-24 April ini


SIBU: Pergerakan Sarawak For Sarawakian (S4S) akan mengadakan Konvoi Pasukan Kenderaan S4S bermula 22 hingga 24 April ini.

Naib ketua pasukan konvoi C.K Chuan berkata, konvoi bermula dari Kuching, singgah di beberapa kawasan iaitu Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri sebelum kembali semula ke Kuching.

“Lebih 50 kenderaan akan menyertai konvoi ini,” katanya pada sidang media di sini, baru-baru ini.

Difahamkan, seramai 15 peserta konvoi dari Kuching mengesahkan penyertaan Sarikei (10), Sibu (12), Bintulu (6) dan Miri (10).

Menurut Chuan, konvoi itu sebagai pemanas badan bagi sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai nanti.

Selain itu katanya, S4S juga akan mengadakan satu dialog pada 1 Mei depan bagi membincangkan masa depan dan hala tuju Sarawak untuk lima tahun akan datang.

Pada sesi dialog itu, pihak S4S akan menjemput calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri untuk berdialog dengan para hadirin.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget