PRN Sarawak: N.20 Tarat berpotensi jatuh ke tangan KEADILAN



KUCHING 25 April: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.20 Tarat berpontensi besar untuk bertukar tangan.

Calon dipertaruhkan KEADILAN di kawasan tersebut, Musa anak Ngog berkata terdapat perubahan positif ditunjukan pengundi di kawasan itu sejak beberapa minggu lalu.

“Peluang kali ini sangat besar, isu tempatan yang gagal diselesaikan Barisan Nasional sejak sekian lama menjadi isu hangat di sini.

“Selain itu, kita juga mula mendapat sokongan dari pengundi berusia 50 tahun dan ke bawah yang sebelum ini lebih cenderung kepada BN, bagi saya ini menunjukkan mereka sudah mula mahukan perubahan,” jelas lulusan Universiti Malaysia Sabah itu ketika dihubungi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan datang Musa akan menentang calon BN, Datuk Roland Sagah dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Tambahnya, beliau akan meggunakan sepenuhnya tempoh berkempen sehingga 6 April hadapan bagi meningkatkan sokongan pengundi kepada KEADILAN.

Sementara itu, tindakan Musa yang menggunakan kenderaan awam untuk ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Serian pada Isnin mendapat pujian dan perhatian ramai.

Berdasarkan rekod, Dun Tarat mempunyai seramai 16,391 pengundi berdaftar yang majoritinya adalah kaum Bidayuh.-Keadilan Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget