Gesaan saya pada PM berasas


SHAH ALAM - Gesaan terhadap‎ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysian Development Berhad (1MDB)‎ ternyata berasas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, pendedahan laporan‎ Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)‎ yang melaporkan bahawa Najib tidak sepatutnya terlibat dengan badan pelaburan kerajaan itu.

Bagaimanapun kata Muhyiddin, beliau bernasib malang apabila Najib telah menghukumnya apabila beliau menyuarakan hal yang sama di dalam kabinet.

"Saya telah tegaskan dari awal lagi bahawa penubuhan 1MDB adalah tidak perlu. Dengan struktur modal hanya RM1 juta dan hutang RM42 bilion, model perniagaan 1MDB tidak mapan dan akhirnya menjadi beban kepada negara.

"Saya juga telah menasihati Najib supaya beliau tidak menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB kerana ia tidak wajar. Saya menyatakan agak luar biasa sebuah syarikat mempunyai Lembaga Penasihat.

"Hari ini penyokong-penyokong Najib mencanang Najib telah dibersihkan oleh PAC dan meminta rakyat terus bergerak ke hadapan dengan melupakan episod hitam penyelewengan 1MDB. Mana mungkin?

"Berapa kali dalam laporan PAC disebut Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, iaitu Najib," katanya menerusi kenyataan yang dipetik menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Tambah beliau lagi, laporan PAC mengenai 1MDB tidak membebaskan Najib daripada dakwaan penyelewangan, sebaliknya ia mendedahkan mengikut Artikel 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB, sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Najib terbabit secara langsung membuat keputusan-keputusan penting berkaitan komitmen kewangan syarikat, termasuk pelaburan.

"Justeru, tidak hairanlah sepertimana yang dilaporkan oleh PAC, pihak pengurusan 1MDB banyak membelakangkan arahan Lembaga Pengarah syarikat dalam melaksanakan usahasama dan pelaburan kerana kuasa tersebut terletak di tangan Perdana Menteri.

"1MDB memerlukan RM3 bilion setahun untuk membayar faedah ke atas hutang sahaja. Dengan kebanyakan aset 1MDB telah dijual dan pelaburan yang mencurigakan, berkemungkinan besar kerajaan terpaksa menanggung segala hutang syarikat. Saya amat bimbang beban 1MDB akhirnya akan terpaksa ditanggung oleh rakyat," katanya lagi.

- Sinar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget