Najib umum RM6 juta bina masjid baharu Taman Malihah


KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan peruntukan RM3 juta daripada kerajaan pusat untuk membina baharu Masjid Darul Furqan di Taman Malihah dekat sini.

Pengumuman itu dibuat Najib selepas menunaikan solat Asar di masjid berkenaan bersama penduduk di sekitar perumahan itu.

Pada masa sama, Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri menambah peruntukan RM3 juta lagi untuk tujuan sama.

Terdahulu sebaik tiba di masjid itu, Najib diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang diberi taklimat mengenai banjir yang melanda taman perumahan itu bulan lalu.

Taklimat disampaikan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuching Lt Shaiful Azril Zainal mengenai kesan banjir gelombang pertama dan kedua di kawasan terbabit.

Banjir gelombang pertama berlaku di Taman Malihah menjejaskan seramai 464 mangsa daripada 100 keluarga, manakala gelombang kedua menjejaskan seramai 487 mangsa daripada 104 keluarga.

Pada lawatan kerja pertamanya ke Taman Malihah semalam, Najib turut mengunjungi Chapel Anglikan di taman perumahan tersebut.

Beliau kemudiannya sekali lagi mengumumkan peruntukan RM1 juta daripada kerajaan pusat bagi menaik taraf chapel tersebut, manakala RM1 juta lagi daripada kerajaan negeri bagi tujuan yang sama.

Sebelum mengakhiri lawatan, Najib singgah ke gerai jualan buah-buahan dan produk hasil tangan penduduk di sepanjang taman itu.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Datuk Daud Abdul Rahman.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget