Rakyat Sabah masih gali lubang untuk buang air


KUALA LUMPUR: Sabah memerlukan jawatankuasa Parlimen khas dibentuk untuk meneliti masalah yang membelit rakyatnya, desak Ahli Parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh.

Berucap di Dewan Rakyat hari ini, Ghapur menegaskan isu-isu berbangkit bukan perkara baharu dan dirinya telah hilang keyakinan akan kemampuan kementerian menyelesaikannya.

“Masih ada rakyat Sabah yang menggali lubang untuk membuang air, bukan seperti di sini (Semenanjung) dimana kita boleh bilas dan tandasnya mewah.

“Di Sabah, kita tidak ada kemudahan itu, maka kita meminta kerajaan supaya lebih bersungguh-sungguh sekiranya benar-benar mahu merapatkan jurang pembangunan. Berikan lebih banyak peruntukan, bukan sahaja harapan.”

Menekankan desakannya, Ghapur memetik dakwaan jabatan pendidikan Sabah yang mengenalpasti sekurang-kurangnya 400 sekolah di Sabah yang uzur.

“Wujudkan badan untuk menyiasat perkara-perkara ini, kaji dengan betul dan janganlah tunggu sehingga pilihan raya untuk buat ini semua,” kata pemimpin lantang itu, yang menyarankan jawatankuasa itu sekiranya dibentuk haruslah dianggotai oleh wakil rakyat pemerintah dan pembangkang.

Sebelum ini, media memetik Laporan Pembangunan Alaf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang melaporkan kemiskinan membelit satu daripada setiap lima isi rumah Bumiputera di Sabah.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget