Bau Jadi Medan Perebutan Kerusi Parti Pembangkang


Semakin hampir Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke -11 semakin nampak ketidakserasian diantara parti pembangkang.

Ini jelas dilihat dibeberapa kawasan dimana kain rentang dan bendera Parti Keadilan Rakyat(PKR) disokong penuh dibeberapa kawasan.

Ahad lalu ketika penulis melalui jalan Singai-Bau bendera PKR gah berkibar disepanjang jalan disertai dengan kain rentang yang nyata menolak kehadiran Democratic Action Party(DAP) dikawasan mereka.

Tidak mustahil jika situasi ini akan merebak juga ke kawasan-kawasan yang menjadi rebutan diantara PKR dan DAP.

Biarpun sebelum ini Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen pernah menyatakan bahwa akan terus berhubung dan berbincang dengan Pengerusi PKR bagi membincangkan pembahagian kerusi, namun ia kelihatan agak sukar apabila DAP juga turut meletakkan calon di kawasan yang diistiyarkan sebagai kawasan PKR.

Apakah yang terjadi? Adakah ketidaksefahaman diantara parti pembangkang akan mengugat kedudukan parti-parti terbabit dalam PRN11 ini kelak?

Adakah 'Pakatan Harapan' hanyalah sekadar nama sahaja namun sifat sefahaman diantara satu sama lain tiada?

Seperti yang sedia maklum, kawasan Singai-Bau adalah merupakan dibawah kawasan DUN Tasik Biru yang disandang oleh Datuk Peter Nansian Ngusie (BN) setelah memenangi kerusi tersebut setelah menang mengalahkan calon PKR John Tenewi Nuek@ John Tenewi dan calon SNAP Frankie Jurem Nyamboi pada PRN ke 10 yang lepas.-Sarawak Live

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget