Pastikan pembangkang tidak peroleh undi protes

K’jaan diharap lakukan sesuatu membolehkan kaum Cina berasa sama taraf dengan kaum lain di S’wak

SIBU: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berharap kerajaan melakukan sesuatu yang membolehkan kaum Cina berasa sama taraf dengan kaum lain di negeri ini.
Katanya kerajaan tidak mempunyai masalah untuk menang pada Pilihan Raya Ngeri (PRN), kecuali kawasan separa bandar kerana terdapat isu membabitkan kaum Cina.
Tun Taib berkata jika masalah itu berjaya diselesai, pembangkang tidak mempunyai peluang memperoleh undi protes sekali gus menjadikan masa depan kumpulan itu semakin malap.
“Kerajaan sedia ada berada dalam keadaan stabil dan proses pertukaran kepimpinan berjalan lancar tanpa berlaku perubahan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Yayasan Toh Li Hua di Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) semalam.
Jelasnya, walaupun  PRN hampir tiba, rakyat tetap senyap sungguhpun ada antara mereka bertanyakan bila tarikh pilihan raya.
“Namun saya jawab tidak tahu kerana saya seorang gabenor sekarang,” katanya sambil menambah, situasi berkenaan agak berbeza semasa beliau menjadi Ketua Menteri kerana pelbagai isu dibangkit setiap kali kunjungannya ke sini.
Menurutnya, kerajaan harus mewujudkan mekanisme supaya kesamarataan dapat dirasai dan pada masa yang sama merapatkan jurang antara kaum.
Tun Taib juga berharap kesepakatan dan perpaduan rakyat sedia ada juga perlu dipupuk dan dipelihara.
Jelas beliau hanya dengan cara demikian, Sarawak akan terus dihormati malah terus menonjol di Malaysia dan dunia amnya.
Dalam pada itu, Tun Taib memberitahu bahawa UCTS sudah berada pada landasan betul dalam memainkan peranan melahirkan ramai tenaga mahir dan separa mahir.
Sarawak katanya, sangat memerlukan modal insan berkualiti untuk memacu pembangunan negeri ini ke arah lebih tinggi.
Katanya kerajaan kini perlu mengikut jejak sektor swasta menumpukan usaha melatih tenaga kerja teknikal dalam melahirkan modal insan berkemahiran.
Tambah beliau, sudah tiba masanya kerajaan negeri melaksana langkah berkenaan memandangkan tenaga kerja berkemahiran teknikal amat diperlukan terutama dalam pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Turut hadir isteri TYT Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, ADUN Nangka Dr Annuar Rapa’ee, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh, Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri dan Pengerusi Yayasan Toh Li Hua Datuk Toh Chiew Hock. - Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget