Puting Beliung | 17 Terkorban di Arkansas

Mayflower: Sekurang-kurangnya 17 terkorban selepas puting beliung meranapkan tengah Amerika Syarikat, dalam permulaan musim ribut tahun ini yang agak ganas, kata pegawai.

Matt DeCample, jurucakap kepada Gabenor Arkansas, Mike Beebe, berkata 16 penduduk di negeri itu terbunuh kelmarin selepas puting beliung meranapkan beberapa bandar di pinggir Little Rock. Satu puting beliung berasingan daripada sistem ribut yang sama membunuh seorang mangsa di Oklahoma.

Puting beliung besar di luar Little Rock, Arkansas, kekal di paras permukaan tanah sambil bergerak ke arah timur laut sekurang-kurangnya sejauh 48 kilometer.


Periksa rumah cari mangsa

Pekerja kecemasan dan sukarelawan memeriksa setiap rumah untuk mencari mangsa. Pegawai penguat kuasa undang-undang memeriksa kerosakan dan mendapati sebuah kenderaan 18 roda, beberapa kereta dan lori di sepanjang Interstate 40, laluan utama keluar dan masuk ke ibu negeri berkenaan, telah terbalik.

Keadaan menjadi gelap gelita, kata Mark Ausbrooks, yang berada di rumah ibu bapanya ketika ribut berlaku.

Saya berlari dan mendapatkan bantal untuk melindungi kepala kami dan... semuanya jadi kelam kabut. Rumah orang tua saya, musnah sepenuhnya, katanya.
Puting beliung juga tiba di Nebraska, Iowa, Missouri dan Kansas, menyebabkan berpuluh-puluh rumah di Baxter Springs musnah. Seramai 25 orang cedera, manakala seorang meninggal dunia. Hingga kini, jumlah kematian masih belum dapat dipastikan, kata jurucakap Pasukan Pengurusan Insiden Kansas Tenggara, Kari West. - AP
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget