Luis Suarez dinobat Pemain Terbaik Tahunan PFA

London: Penyerang Liverpool, Luis Suarez memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) England, semalam.


Ketika ini tahun lalu, pemain kebangsaan Uruguay itu memulakan penggantungan 10 perlawanan kerana menggigit lengan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.
Namun kini Suarez dipilih pemain profesional seperjuangannya di England sebagai pemain terbaik Liga Perdana selepas mengemudi Liverpool memburu kejuaraan.

Suarez menerima anugerah itu pada satu majlis di hotel Grosvenor House di London selepas penerbangan dari Liverpool berikutan kekalahan 0-2 kepada Chelsea di Anfield yang menjejaskan usaha kelab Merseyside itu meraih kejuaraan pertama dalam era Liga Perdana.


Suarez yang berusia 27 tahun sudah menjaringkan 30 gol dalam 31 penampilan sekalipun penggantungan kerana menggigit Ivanovic berlanjutan hingga awal musim ini.


“Liga Perdana dibanjiri pemain hebat seluruh dunia dan ia satu penghormatan besar apabila mereka mengiktiraf usaha anda di padang,” kata Suarez yang pernah mengancam meninggalkan Liverpool selepas mendakwa pengurus Reds Brendan Rodgers enggan membenarkannya menyertai kelab Liga Juara-Juara.

“Saya sering cuba melakukan yang terbaik buat pasukan dan gembira mendapat anugerah ini, tapi semuanya ini untuk rakan sepasukan dan staf di Liverpool kerana tanpa bantuan mereka, saya tidak akan menerima anugerah ini.” Bintang Chelsea, Eden Hazard, yang tidak bermain di Anfield kerana cedera, dipilih Pemain Muda Tahunan Terbaik PFA. - AFP
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget