Sukarelawan | 451 individu mendaftarkan diri sebagai sukarelawan kebajikan

SRI AMAN: Seramai 451 individu mendaftarkan diri sebagai sukarelawan kebajikan sepanjang Program Kembara Kebajikan dilancarkan di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata dengan penambahan itu maka jumlah sukarelawan kebajikan terkini bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencecah 5,051 orang.

“Jumlah sukarelawan kebajikan sentiasa bertambah sejak Program Kembara Kebajikan dilancarkan pada 5 April lalu hingga hari ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Penutupan Program Kembara Kebajikan di Dewan Suarah Sri Aman, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata pertambahan sukarelawan kebajikan itu dapat membantu 6,000 pegawai JKM yang menguruskan 178,000 orang berdaftar di negara ini.

“Program ini akan diadakan dua tahun sekali mulai sekarang dengan mengadakan semula program ini pada 2016 nanti,” katanya.

Program Kembara Kebajikan diadakan di 22 lokasi di seluruh negara sejak dilancarkan di Pagoh, Johor pada 5 April lalu.

Turut hadir Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat, ADUN Lingga Simoi Peri, Ketua Setiausaha Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noorul Ainur Mohd Nur dan Ketua Pengarah JKM Datuk Noraini Mohd Hashim.-utusan borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget