REYNOSA, Mexico 28 April -
Seekor anak haiwan spesies baharu hasil kacukan keldai dengan kuda belang
menjadi tumpuan orang ramai selepas dilahirkan di Zoo Reynosa, utara Mexico
baru-baru ini.
Menurut jurucakap Zoo
Reynosa di Tamaulipas, anak haiwan kacukan diberi nama Khumba itu dilahirkan
pada 21 April lalu.
Katanya lagi, Khumba
merupakan haiwan yang paling jarang ditemukan di dunia kerana kebiasaannya
kromosom kuda belang dan keldai tidak serasi.
"Ibu Khumba merupakan
seekor kuda belang yang bernama Rayas, manakala bapanya seekor keldai albino
bernama Ignacio," ujarnya seperti dilaporkan Mail Online.
Menurut beliau, Rayas
berkawan baik dengan Ignacio dan sering dilihat berjumpa antara satu sama lain
di dalam kawasan zoo setiap petang.
Setakat ini terdapat
beberapa ekor sahaja haiwan kacukan seumpama Khumba di dunia ini, antara di
Amerika Syarikat, Jepun dan China.
Namun, kebanyakan pakar
biologi tetap beranggapan kromosom kuda belang dan keldai tidak serasi.
Sebelum ini seekor haiwan
kacukan sama dilahirkan di Itali dan dikenali sebagai Ippo.
Haiwan istimewa tersebut mendapat perhatian apabila dilahirkan di Florence,
Itali pada akhir tahun lalu.
Post a Comment