SRI
AMAN, Isnin – Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Bijat, Sri Aman mengadakan Kempen
Jom Baca Bersama 10 Minit.
Kempen
anjuran Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia (MPAM) yang
bermula pada 10 pagi itu untuk memartabat budaya membaca dalam kalangan rakyat.
“Lebih
100 orang murid SK Tanjung Bijat, Sri Aman mengambil bahagian dalam Kempen Jom
Baca Bersama 10 Minit yang mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour sebelum
ini.
“Tujuannya
bagi melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia,
mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi,” kata jurucakap sekolah
tersebut.
Menerusi
kempen tersebut, murid SK Tanjung Bijat, Sri Aman akan dapat menjadikan kempen
tersebut sebagai satu amalan tetap sama ada di rumah atau di sekolah.
Malah
murid SK Tanjung Bijat, Sri juga Aman dapat menjadikan perpustakaan sebagai
sesuatu yang relevan dalam kehidupan seharian mereka dengan adanya penganjuran
kempen tersebut.
“Justeru,
kami berharap agar ilmu pengetahuan murid SK Tanjung Bijat, Sri Aman dapat
dipertingkat sekiranya mereka terus menjadikan kempen tersebut sebagai amalan
harian,” katanya.-utusan sarawak
Post a Comment