Pua yang berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengerusi DAP Selangor dalam pemilihan itu berkata, faktor utama menyaksikan tiadanya kaum Melayu dipilih kerana rata-rata calon masih baru terlibat dalam parti.
"Tidak ada isu ini mengenai tiada Melayu. Mereka undi pada calon yang mereka kenal dan bukannya berdasarkan kaum," katanya pada sidang media selepas Konvesyen Tahunan DAP Negeri Selangor di Petaling Jaya hari ini.
Menurut ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, DAP Selangor dengan usahanya sendiri melantik 3 ahli jawatankuasa negeri daripada kaum Melayu iaitu Dr Abdul Aziz Bari, Young Syefura Othman dan Edry Faizal Eddy Yusof.
"Ini kita akan perbaiki dari masa ke semasa. Kita akan teruskan usaha ini untuk memperkenalkan ahli Melayu dengan aktiviti turun padang ke setiap negeri," katanya.
Selain Pua, pemilihan kali ini menyaksikan Gobind Singh Deo turut kekal sebagai timbalan pengerusi dan naib pengerusi pula disandang Datuk Teng Chang Kim dan Hannah Yeoh.
Manakala setiausaha DAP negeri pula ialah Ean Yong Hian Wah dan setiausaha organisasi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong Eddie Ng serta Setiausaha Publisiti Ng Suee Lim.
Pemilihan itu juga turut menyaksikan 5 dilantik membarisi jawatankuasa DAP Selangor dan 15 dipilih melalui proses pengundian. –The Malaysian Insider
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.