Nurul Izzah akan saman KPN dan Ismail Sabri


KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang merupakan pemimpin kerajaan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memberitahu, dua individu berkenaan adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan ekoran sesetengah pemimpin di dalam kerajaan telah mengaitkan dirinya dengan tindak-tanduk cuba mengkhianati negara.

“Saya akan berbincang dengan pihak peguam untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap individu dan pemimpin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen pada Rabu.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah juga menjelaskan, dia akan bertemu dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis (esok).

“Saya akan bertemu mungkin esok kerana saya ada mendapat panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit Aman,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Nurul Izzah menjelaskan, tindakan Datuk Seri Azalina Othman Said yang berhasrat untuk membawanya kepada Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen adalah satu tindakan yang tidak wajar.

“Peristiwa ini berlaku di luar Dewan Rakyat. Jadi, kalau Azalina hendak tambah lagi satu peristiwa yang mengecam ahli Parlimen pembangkang silakan, senarainya panjang,” katanya lagi.

Nurul Izzah dikecam ekoran pertemuannya dengan Jacel Kiram, anak perempuan kepada Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu, ketika kunjungannya ke Filipina baru-baru ini.- FMT

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget