Portal Kosmo Online melaporkan, Ismail sebagai berkata, nama untuk pusat teknologi seakan-akan Low Yat itu bagaimanapun akan diumumkan pada hari pelancaran.
Beliau berkata 36 pengusaha sudah pun dipilih Mara daripada lebih 1,000 permohonan.
"Kesemua pengusaha adalah Bumiputera. Kita jangkakan pusat itu nanti akan menjadi tempat tumpuan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan barangan teknologi pada harga yang lebih rendah berbanding tempat lain.
"Saya juga berharap semua barang yang dijual adalah berkualiti tinggi dan sudah pasti sebarang produk tiruan akan dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang akan membuat pemantauan," katanya seperti dilaporkan Kosmo Online.
Ismail sebelum ini berkata dengan wujudnya sebuah lagi pusat jualan berkenaan, ianya akan dapat memenuhi keperluan orang ramai dan mengurangkan tumpuan di Plaza Low Yat di Bukit Bintang.
Cadangan membina Low Yat 2 susulan daripada insiden pergaduhan di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur Julai lalu hingga hampir mencetuskan ketegangan kaum antara Melayu dan Cina. –The Malaysian Insider
Post a Comment