‘Hari Malaysia’ jasa Anwar, PKR, Nurul Izzah ingatkan rakyat Sabah


Selepas Nurul Izzah Anwar dikecam hebat pelbagai pihak berikutan pertemuannya dengan Jacel Kiram, ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengimbas semula sumbangan dan jasa-jasa PKR dan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap rakyat Sabah.

Sambil menggesa agar pengkhianat sebenar didedahkan, naib presiden PKR itu mengingatkan bapanyalah individu yang mencadangkan Hari Malaysia disambut bagi mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai "equal partner".

"Saya mengingatkan juga ketua umum PKR yang mencadangkan Hari Malaysia disambut sebagai mengiktiraf ‘equal partner’ di Sabah dan Sarawak.

"Lebuhraya Pan Borneo juga jangan lupa ia dipadatkan dalam Buku Jingga bertahun-tahun dahulu," katanya ketika berucap di Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 di Shah Alam, Selangor hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut menggesa pengkhianat sebenar mendedahkan wajah dan tidak menggunakan politik kotor untuk mencapai kemenangan.

"Kita mesti bertegas dalam membuktikan kepada Barisan Nasional (BN) ini adalah tanah air kita, Malaysia kita dan Sabah dan Sarawak kita," katanya. –The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget