Shamsubahrin mohon maaf kepada Salleh kerana memfitnah

PETALING JAYA: Saman bekas Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail terhadap Shamsubahrin Ismail selesai selepas kedua-duanya meminta maaf di Mahkamah Tinggi Kuala pada Rabu.

“Saya meminta maaf dan kesal kepada Salleh untuk sebarang fitnah terhadap perwatakan, kesusahan dan kesulitan yang dialaminya kerana posting saya di Facebook,” kata Shamsubahrin di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Zaki Wahab.

Shamsubahrin juga berjanji untuk tidak mengulangi kenyataan yang sama kepada Salleh, keluarganya dan anak-anak syarikat NFCorp.

Salleh menerima permohonan maaf itu.

“Saya memohon maaf dan tidak akan membuat sebarang laporan polis terhadap Shamsuhbarin kerana mendakwa dia menipu saya, ” katanya Salleh di hadapan Zaki.

Salleh dan Shamsubharin kemudian bersalaman dan berpelukan sambil mengucapkan terima kasih antara satu sama lain.

Pada 3 Julai lalu, Salleh memfailkan saman terhadap Shamsubahrin kerana memuatnaik status di Facebook pada 19 Mei.

Shamsubahrin mendakwa dia telah dijadikan kambing dalan kes NFC oleh kerajaan untuk menyelamatkan Salleh dan keluarganya.

Disember tahun lalu, Salleh turut menyaman Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution kerana menuduhnya menggunakan kedudukan isterinya, Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk mendapat kekayaan.

Pada Jun 2013, Salleh menyaman Rafizi Ramli berhubung pembelian kondo KL Eco oleh NFCorp.

Pada Selasa, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Salleh daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta.- FMT
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget