Kalau saya tidak pergi, saya kena tangkap- Tian Chua

Tian Chua menyatakan dia akan bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan berhubung pertemuan Izzah dengan Jacel.


SHAH ALAM : Ahli Parlimen Baru Tian Chua menyatakan kesediannya untuk bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan berhubung pertemuan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dengan waris Kesultanan Sulu, Jacel H Kiram.

Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan lain kerana sekiranya tidak bekerjasama dengan polis, dia akan ditangkap.

“Panggillah, saya tunggu. Saya tunggu panggilan dia.

“Saya tidak mempunyai pilihan. Kalau saya tidak pergi, dia (polis) akan tangkap,” katanya kepada pemberita pada Kongres Nasional Tahunan Ke-11 PKR pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihak polis akan memanggilnya bagi membantu siasatan berhubung pertemuan Izzah dengan Jacel.

Dalam pada itu, Tian Chua turut diminta mengulas berhubung dakwaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau merupakan pihak yang bertanggungjawab mengatur pertemuan antara Izzah dengan Jacel.

“Saya telah menafikan sebelum ini dan menyatakan bahawa Zahid mesti tarik balik kenyataannya,” jelasnya.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget