UMNO berada paling nazak dalam sejarah

Pimpinan di bawah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga turut menyebabkan BN berada dalam keadaan yang sama


PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan kemelut dalaman parti orang Melayu itu berada dalam keadaan paling teruk.

Katanya, pengalaman itu tidak pernah dilalui parti itu sejak ia diwujudkan puluhan tahun lalu.

Jelasnya, pimpinan di bawah Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadikannya nazak bukan setakat pada UMNO tetapi juga kepada Barisan Nasional (BN).

“Hari ini UMNO dan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang nazak.

“UMNO dan BN tidak pernah senazak ini,”katanya dalam pidato rakyat semasa Kongres Nasional Tahunan ke-11, di Shah Alam.

Beliau yang juga bekas Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, melihat situasi yang berlaku menjadi faktor yang memihak kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Namun, beliau mengingatkan ia tidak akan tercapai sekiranya pembangkang bercakaran sesama sendiri.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Kalau isunya nazak, PKR pada satu ketika pernah juga nazak dengan tinggal hanya satu nyawa. Waktu itu ada yang melompat keluar dari PKR bukan untuk mencarikan penawar sebaliknya mencari dahan lebih kukuh untuk berpaut. Namun PKR berjaya sembuh dan bergerak ke depan. Organisasi yang nazak perlu mendapat rawatan. Melompat keluar atau setakat menghebahkan kenazakan bukanlah bantuan yang bermakna buat si nazak.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget