2 MP AMANAH menipu dan menghina Dewan?


Orang ramai membaca kenyataan Mohamad Hanipa Maidin dilaman Facebook Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa tentu marah dengan dakwaan Ahli Parlimen AMANAH Sepang itu bahawa subsidi elektrik kira-kira RM150 juta yang diberi kerajaan dalam Bajet 2015 sudah dipotong dalam Bajet 2016.

Sesiapa yang menikmati bil eletrik percuma di bawah skim pengecualian bayaran bil eletrik bulanan RM20 dan ke bawah tentu marah kepada kerajaan.

fb mujahidSebenarnya, 1.08 juta pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menikmati kemudahan ini membabitkan pembiayaan kerajaan sebanyak RM141 juta.

Manakala, 3.29 juta pengguna atau 55.4% daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia yang menggunakan elektrik bersamaan atau kurang daripada 200 kWj sebulan menikmati kadar tarif elektrik yang rendah iaitu 21.8 sen seunit. Kadar ini telah dikekalkan sejak 1997.

Namun, dalam Bajet 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak langsung menyentuh mengenai pemotongan subsidi tersebut.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili sudah menjelaskan pertanyaan yang dibangkitkan Hanipa ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2015 bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat, petang Selasa.

Kesimpulannya kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM124 juta bagi tujuan subsidi bil elektrik.

Cuma dalam Bajet 2016, peruntukkan subsidi bil elektrik ini dirangkumkan dibawah peruntukkan MOF B11 020500 iaitu dibawah tajuk ‘Subsidi dan Bantuan Tunai’ yang keseluruhannya berjumlah RM10.63 billion.

Ini adalah antara satu langkah kawalan dan inisiatif rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam 2016.

Kesimpulannya ,kerajaan akan kekal memberi subsidi elektrik dibawah peruntukkan ‘Subsidi dan Bantuan Tunai’ dalam Bajet 2016.

Malangnya, ahli parlimen pembangkang masih mahu menipu dan mengelirukan orang ramai malah dalam masa saya beliau menghina Dewan kerana posting tersebut dibuat selepas menteri memberikan jawapan.

Berdasarkan hansard atau penyata rasmi Dewan Rakyat, Hanipa membangkitkan soalan itu jam 5.58 petang Selasa manakala Ongkili memberikan jawapan kira-kira 6.30 petang.

Bagaimanapun, fitnah Hanipa di laman Facebook Mujahid yang juga Ahli Parlimen AMANAH Parit Buntar pada jam 9.18 malam selepas menteri memberi jawapan, adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.

Sama ada Hanipa atau Mujahid, mereka sudah mengetahui perkara itu tidak benar tetapi terus membuat fitnah dengan menyatakan subsidi elektrik RM150 juta itu akan dipotong.

Inilah tindakan wakil rakyat yang bernaung di bawah parti AMANAH tetapi secara jelas sanggup menabur fitnah dan menipu semata-mata demi kepentingan mereka.

Jika bukan Hanipa yang menulis di Facebook milik Mujahid, bermakna Ahli Parlimen AMANAH Parit Buntar itu sendiri yang memuat naik catatan berdasarkan isu yang dibangkitkan Hanipa.

Ketika perkara ini ditanya kepada Mujahid, beliau menerusi WhatsaPP kepada BNBBC.my menjelaskan, “ Saya petik dari dia (Hanipa),”.

Ini bermakna, Mujahid bertanggungjawab menyiarkan kenyataan fitnah yang dibuat oleh Hanipa selain menghina Dewan kerana seolah-olah jawapan menteri adalah bohong .-BNBBC

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget