Rampas Kelantan: Bahtera Umno lagi teruk pecah


KOTA BHARU: Impian Umno mahu menawan Kelantan bukan hanya sekarang diuar-uarkan, sebaliknya setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) slogan itu diulang-ulang.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata sejak daripada dahulu lagi Umno menguar-uarkan hendak rampas Kelantan.

“Kita pula hendak pertahankan Kelantan. Kedua-duanya dalam konteks berlainan, jadi sama-sama kena bekerjalah.

“Mereka mahu mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku dalam PAS sekarang, dan kita pula mengambil kesempatan isu melibatkan parti itu.

“Umno pun mempunyai banyak penyakit. Melihat kepada keadaan sekarang kita lihat bahtera Umno hampir hendak pecah.

“Saya merasakan peluang kita lebih luas berbanding mereka,” katanya pada sidang media selepas pelancaran sambutan 50 tahun Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di sini hari ini.

Semalam Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dilapor berkata parti itu yakin dapat merampas negeri ini daripada PAS pada PRU14 bagi menebus maruah sejak 1990.

Menurutnya ketiadaan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan masalah dalaman PAS sehingga wujud PAN dianggap memberi kelebihan kepada Umno.

Ustaz Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata PAN hanya baru tumbuh seumpama masih berada dalam polybeg.

“Mereka bubuh baja banyak-banyak dan sering pula dijirus menyebabkan ia nampak segar. Sedangkan PAS sudah berusia 64 tahun dan telah mengharungi pelbagai cabaran dalam perjuangan,” katanya.

- Harakah Daily
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget