Dr Mahathir dijemput ke perhimpunan agung Umno, kata Zahid

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Tun Dr Mahathir Mohamad menerima jemputan ke perhimpunan agung Umno kerana parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden Umno.
Umno menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri majlis pembukaan perhimpunan agung tahunannya walaupun bekas perdana menteri itu mendakwa parti itu cuba menutup mulutnya.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,kepada The Star dalam satu wawancara, beliau berharap Dr Mahathir akan menghadiri majlis itu kerana ahli parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden.

"Saya amat yakin surat jemputan akan keluar tidak lama lagi tetapi sama ada beliau menerimanya atau tidak, terpulang kepada beliau untuk memutuskannya.

"Majoriti ahli Umno masih menghargai beliau tetapi ada garis antara menghormati dan menerima pendapatnya. Ia dua perkara berbeza," kata Zahid sebagaimana dilaporkan akhbar itu.

- The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget