UMNO sengaja sabotaj Kongres Nasional PKR, edar akhbar palsu – Shamsul Iskandar

Tindakan tersebut membuktikan UMNO dan BN sudah terdesak untuk menjatuhkan pakatan pembangkang

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sengaja mensabotaj Kongres Nasional parti itu dengan mengedar akhbar palsu Selangorkini milik kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pengisian laporan akhbar tersebut sudah rosak macam ‘taik’ susulan terlalu banyak fitnah yang dilakukan UMNO dan BN.

“Muka depan akhbar ini bagus, belakang pun bagus. Tapi bahagian dalam macam ‘taik’, banyak fitnah.

“Inilah sialnya UMNO-BN,” katanya ketika berucap semasa penggulungan di Kongres Nasional PKR ke-11, pada Ahad.

Jelas Ahli Parlimen Bukit Katil itu, akhbar palsu berkenaan telah diedarkan ketika perwakilan mula memenuhi dewan persidangan kongres sekitar jam 8.00 pagi tadi.

Bagaimanapun, pihak petugas kongres berjaya merampas semua akhbar yang diedarkan itu.

Dakwanya, apa yang berlaku itu jelas membuktikan bahawa UMNO dan BN kini sudah semakin terdesak apabila berusaha untuk menjatuhkan pakatan pembangkang yang dilihat semakin kuat dan diterima rakyat.

“Itu jelas membuktikan parti kita semakin kuat dan akan berhadapan dengan UMNO-BN pada pilihan raya akan datang,” katanya.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget