AMK mantapkan pergerakan demi masa depan perjuangan


PETALING JAYA 27 NOV: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berazam untuk membina pasukan lebih mantap dan berwibawa demi masa depan perjuangan reformasi negara ini, kata Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad.

AMK katanya lagi turut berikrar untuk berada di barisan hadapan perjuangan selari dengan kepercayaan dan harapan rakyat.

“Kita mesti saling membantu, bergabung tenaga untuk mencapai perkara yang lebih besar, berpandukan asas perjuangan yang telah digariskan.

“Pada masa sama kita harus memahami bahawa perbezaan dalam parti sememangnya banyak sejak mula ditubuhkan.

“Ini kerana latar belakang anggota yang pelbagai, malah hampir semua pernah melibatkan diri dalam protes jalan raya,” jelas Nik Nazmi.

Namun katanya, AMK perlu menguruskan perbezaan pendapat dalam parti secara bijak dan kebebasan perlu dijamin.

Tambah beliau, parti mempunyai disiplin dan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi serta tidak semua yang diyakini baik mesti dicapai segera.

“Kita mesti mengukuhkan kedudukan parti di tengah arus politik negara. Tidak keterlaluan mengatakan KEADILAN adalah parti berbilang kaum yang terbaik pernah wujud dalam sejarah Malaysia,” kata Nik Nazmi.

Sambungnya, AMK bakal mula melaksanakan konvesyen-konvesyen negeri bagi yang sudah bersedia dan satu jawatankuasa khas akan dibentuk untuk menentukan mekanisme terbaik dalam perlaksanaannya.

“Kita berharap, proses ini akan memantapkan lagi AMK di peringkat negeri sekaligus menjadi inisiatif terbaik untuk mengukuhkan pendemokrasian dalam parti,” katanya.- Keadilan Daily
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget