Rundingan royalti dan Autonomi tidak akan berjaya, Adenan cakap kosong saja: Nik Nazmi
KUCHING: Rundingan tuntutan royalti minyak dan autonomi Sarawak tidak akan berjaya selagi Putrajaya dipegang oleh Barisan Nasional, kata YB Nik Nazmi.
"Adenan meminta untuk diberi mandat selama 5 tahun lagi, mahu bawa perubahan pada Negeri Sarawak, itu cakap kosong saja", tegas beliau lagi.
Nik Nazmi semasa berucap pada Majlis Perasmian Bilik Gerakan PKR Satok pada Sabtu lepas, turut menyatakan bahawa Sarawak yang mana besarnya sama dengan Semenanjung tetapi miskin serta jauh ketinggalan terutama dari segi pembangunan. "Ia disebabkan oleh pentadbiran BN dan PBB".
Tambah beliau lagi, Sabah dan Sarawak merupakan punca hasil kekayaan PM Najib dan BN.
"PM dan isterinya 'shopping'dengan RM50juta", tegasnya sambil mendedahkan bahawa PM telah menyalahguna RM4.6 billion dalam laporan baru-baru ini.
Nik Nzami turut meyakinkan penyokong PKR Satok bahawa adalah tidak mustahil calon-calon PKR sarawak akan memang dan seterusnya Sarawak akan dipimpin oleh PKR.
"Sejak ditadbir oleh PKR, Selangor hari ini jika anak baru lahir terus dapat tabung bantuan, anak nak ke tadika juga dapat bantuan, air juga percuma, malahan perkahwinan pertama turut diberi bantuan", seru beliau agar pengundi di Sarawak mencontohi rakyat di Selangor mengundi PKR.
"Saya menang 3000 majoriti undi di Selangor dan terbukti seluruh kerajaan BN Selangor tumbang ditangan PKR", ujar beliau yang merupakan ADUN N.32 Seri Setia Selangor.
Pada majlis itu juga, Nik Nazmi menyeru agar penduduk DUN Satok mengundi Mohamed Salleh sebagai calon PKR pada PRN Sarawak ke 11 akan datang jika mahukan perubahan. -SarawakLive








