Pemuda PKR umum enam calon berpotensi bertanding PRN


KUCHING: Pergerakan Pemuda PKR Sarawak semalam mengumumkan enam calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pemuda PKR Kebangsaan Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkata calon-calon itu terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang.

“Calon-calon muda dan berbagai latar belakang ber-umur antara 25 hingga 34 tahun serta ditambah dengan pelbagai aktiviti dan latar belakang profesionalisme merupakan kekuatan kita,” kata Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Ne-geri (DUN) Seri Setia, Sela-ngor, di pejabat PKR Sarawak di sini.

Calon-calon berpotensi itu ialah Abdul Raafidin Majidi, 32, yang akan bertanding di DUN Nangka, Shalleh Shawkatali, 34, (Satok), Steve Teo Jia Jun, 25, (Senadin), Jamilah Baharuddin, 29, (Simunjan), Musa Ngog, 33, (Mambong) dan Elia Bit, 27, (Baram).

Menurutnya, calon-calon itu dipilih selepas mesyuarat dua hari antara jawatankuasa pemilihan PKR kebangsaan dan jawatankuasa pemilihan PKR negeri yang berakhir semalam.

Calon-calon katanya akan memberi tumpuan kepada isu setempat seperti kepincangan pembangunan, jurang eko-nomi dan kurang pekerjaan untuk warga Sarawak.

“Peluang pekerjaan di Sarawak merupakan satu isu seperti yang kita lihat ramai belia Sarawak bekerja di Semenanjung Malaysia atau Singapura,” jelasnya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget