Selepas Sarawak, Selangor turut iktiraf peperiksaan UEC


Selangor mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) menjadikan ia sebagai negeri kedua yang berbuat demikian selepas Sarawak.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2016 berkata, kerajaan negeri mengiktiraf peranan besar yang dimainkan sekolah jenis kebangsaan Cina dalam pembangunan modal insan.

"Mulai tahun depan, UNISEL akan mengiktiraf Sijil Unified Examination Certificate (UEC) yang diperkenalkan Gabungan Persatuan Ahli Lembaga-Lembaga Sekolah Cina (Dong Zhong).

"Usaha ini boleh mengelakkan masalah brain drain yang semakin ketara. Statistik menunjukkan 3,000 pelajar menamatkan pelajaran dengan sijil UEC setiap tahun," katanya ketika pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2016 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini. –Rhe Malaysian Insider
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget