#Bajet2016: Sabah Sarawak bukan rakan setara Malaysia -Aziz DAP

Gaji Minima, Hospital, Bencana Alam, dan Pendidikan. Mana pergi RM2.6 billion? - Ulasan sepintas dari Abdul Aziz Isa, DAP Sarawak.


Gaji permulaan minima untuk kakitangan kerajaan dinaikkan kepada RM1,200 namun Bajet BN 2016 tidak menunjukkan sebarang komitmen dari kerajaan untuk menaikkan gaji minima bagi pekerja sektor swasta selaras dengan gaji minima kakitangan kerajaan. Gaji minima untuk Borneo dinaikkan kepada RM900 manakala Semenanjung sebanyak RM1,000 menunjukkan bahawa BN tidak melihat Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara dalam Malaysia.

Hospital baru akan dibina di Gudang, Kemaman, Maran dan Cyberjaya namun tidak ada sebarang peruntukkan untuk membina hospital baru di Sri Aman. Apakah kemenangan BN di Sri Aman tidak dihargai dan hanya semata-mata untuk mengekalkan Najib berkuasa?

RM180 juta diperuntukkan untuk menubuhkan Agensi Bencana Alam di bawah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menangani masalah bencana alam sebagai mengambil iktibar dari dua bencana alam berlaku tahun 2014. Penubuhan Agensi Bencana Alam ini akan menyebabkan lebih banyak lagi karenah birokrasi berlaku dalam sektor kerajaan khususnya dalam pengurusan bencana alam. Apakah JPAM tidak begitu efektif dan efisien sehingga kerajaan terpaksa menubuhkan Agensi Bencana Alam?

Tiada usaha dari pihak kerajaan untuk menghapuskan hutang PTPTN dan menyediakan pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke peringkat ijazah pertama. Kerajaan memperuntukkan bajet kepada JPA, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan namun tidak ada sebarang usaha memperuntukkan biasiswa kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi untuk memacu industri sains dalam pendidikan di negara ini. Tiada usaha untuk kerajaan BN memberi kuasa autonomi penuh pendidikan kepada kerajaan Sarawak menunjukkan bahawa Sarawak bukan rakan setara dalam Persekutuan Malaysia.

Abdul Aziz Isa
PEMBANTU KHAS KEPADA YB CHONG CHIENG JEN
SETIAUSAHA PUBLISITI PEMUDA DAP PETRA JAYA

-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget