Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad patut bersara daripada politik dengan bermaruah, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan.
“Saya harap (perkara itu) tetapi sudah tentu ia cuma impian.
“Kita perlu ada budaya bekas perdana menteri patut bersara dengan bermaruah,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Konflik Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berterusan susulan perbezaan pendapat ketara, terutamanya dalam isu syarikat negara yang terbeban hutang 1MDB.
-Malaysiakini
Post a Comment