Dengan keputusan itu, Anwar bebas dari tiga pertuduhan BERSIH 3.0 kerana menyertai demonstrasi jalanan.
Ini berikutan keputusan panel lain di Mahkamah Rayuan pada 30 November tahun lalu yang memutuskan bahawa perintah majistret yang melarang BERSIH 3.0 kerana ia perhimpunan haram adalah tidak sah dan terbatal.
Berikutan kes itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan bekas ahli majlis tertinggi PKR Badrul Hisham Shahrin membuat permohonan untuk membatalkan pertuduhan masing-masing mengikut Akta Perhimpunan Aman susulan keputusan majistret itu.
Anwar menggunakan pendekatan berbeza dengan memohon mahkamah supaya mengisytiharkan Seksyen 4 (1) dan 4 (2) sebagai tidak mengikut berperlembagaan.
Beliau bagaimanapun gagal apabila hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Kamardin Hashim tidak membenarkannya.
Panel tiga hakim hari ini yang diketuai oleh Datuk Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan untuk menolak rayuan secara sebulat suara selepas berpendapat pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya tiada asas.-Malaysiakini
Post a Comment