Liow: Bajet 2016 akan tingkatkan sokongan Cina kepada BN


Dua pilihan raya umum lalu menyaksikan peralihan ketara pengundi masyarakat Cina yang menyokong pembangkang.

Bagaimanapun, bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai Bajet 2016 boleh mengembalikan sokongan pengundi Cina terhadap BN.

"Oh ya, sekurang-kurangnya masyarakat Cina akan melihat bahawa kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab," katanya di lobi Parlimen hari ini.

"Ia bajet fiskal yang baik, tidak berbelanja lebih daripada apa yang kita mampu," katanya.

Liow berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membentangkan belanjawan petang tadi, mengambil kira cadangan MCA yang mahu pengurangan cukai ke atas golongan berpendapatan pertengahan.

"Kami gembira bahawa Perdana Menteri benar-benar memberi tumpuan membantu kumpulan B40 (pertengahan 40 peratus), mereka yang berpendapatan di antara RM3,500 dan RM8,000.

"Kami gembira kerajaan mengurangkan cukai bagi kumpulan ini," katanya.

Antara manfaat bajet khusus untuk masyarakat Cina kali ini, termasuk tambahan RM90 juta untuk pinjaman kredit mikro untuk peniaga-peniaga Cina, dan peruntukan untuk menaik taraf kampung baru Cina RM40 juta.

- Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget