SABERKAS perhebat pendaftaran ahli baharu


MIRI: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) akan memperhebat pendaftaran ahli baharu melibatkan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Setiausaha Agungnya Dr Abdul Rahman Junaidi berkata setakat ini keahlian SABERKAS mencecah hampir 130,000 orang terdiri daripada belia pelbagai kaum dan etnik.

“Kita sekarang mempunyai sistem pendaftaran secara atas talian seterusnya bekerjasama dengan sekolah-sekolah atau universiti tempatan menubuhkan Kelab SABERKAS,” katanya ketika ditemui di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu berkata, setakat ini empat universiti tempatan dan antarabangsa berminat menubuhkan Kelab SABERKAS di institusi masing-masing.

Antaranya ialah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Swinburne University of Technology Sarawak dan Kolej Masterkil Kuching.

Beliau juga menggalakkan lebih ramai belia menyertai SABERKAS kerana ia adalah pertubuhan belia terbesar Sarawak melibatkan ahli pelbagai etnik.

“Pada masa sama, kita juga menggalakkan pelajar Sarawak belajar di IPT di Semenanjung Malaysia membuka Kelab SABERKAS di kampus masing-masing,” katanya.

Dr Abdul Rahman berkata, SABERKAS adalah pertubuhan belia menghimpun ahli pelbagai etnik dan aktiviti dapat dilaksanakan di peringkat akar umbi.

“Kita juga mempunyai ahli daripada Kadet SABERKAS di sekolah-sekolah namun berikutan perubahan masa, penubuhan Kelab Kadet SABERKAS agak kurang namun masih aktif.

“Sehubungan itu, kita merangka pelbagai strategi mempergiat pendaftaran ahli baharu supaya golongan belia terlibat secara aktif dalam aktiviti berpersatuan atau kelab khasnya SABERKAS,” katanya.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget