Permintaan yang tinggi terhadap tukang urut dan bidan mendorong kerajaan negeri melaksana bawah Program Mama Care.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, ia membabitkan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kolej Komuniti.
“Ia untuk memberi pendapatan sampingan kepada golongan berkenaan bagi menyara keluarga mereka,” katanya pada majlis penutupan Seminar Bicara Gender: Menangani Keganasan Terhadap Wanita, di Dewan Gong Kemuntong.
Muhammad Pehimi berkata mereka yang berminat boleh mendaftar di Pejabat Daerah sebelum mengikuti kursus kemahiran daripada tenaga pengajar berpengalaman.
“Khidmat tukang urut dan bidan sangat diperlukan,” katanya.
- Free Malaysia Today
Post a Comment