Harden yakin dicalon semula pada PRN akan datang


SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis percaya beliau sekali lagi akan mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan DUN Simanggang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Harden berkata, ini berdasarkan pengumuman oleh Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Adenan Satem pada satu majlis rasmi sebelum ini serta dirinya men-dapat sokongan kuat daripada ketua-ketua masyarakat di sini pada masa sekarang.

“Saya masih mahu mempertahan kerusi DUN Simanggang atas tiket Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP),” katanya pada Program Pembangunan Belia dan Komuniti anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) di Rumah Maja, Kenyungan Undop, Batu Lintang di sini.

Pada majlis itu, Harden mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada JKKK Kenyungan Undop Batu Lintang dan RM3,000 untuk Biro Wanitanya.

Beliau menasihati Jawatankuasa Kemajuan dan Ke-selamatan Kampung (JKKK) agar mengetahui tugas ma-sing-masing mentadbir kawasan mereka.

“JKKK perlu rapat dengan agensi kerajaan selain mewujudkan hubungan kerjasama erat dengan wakil rakyat BN di kawasan mereka,” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget