Mungkin ada calon muda baharu wakili kerusi PBB


KUALA LUMPUR: Kemungkinan ada calon muda baharu diperkenal Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 kelak.

Perkara itu didedah oleh Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pada program ‘Lan Berambeh Anak Sarawak 2015’ di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

“Setiap pilihan raya kita di PBB pasti akan memperkenal calon muda baharu dan kemungkinan PRN-11 nanti, ada calon baharu akan bertanding,” katanya.

Tegasnya lagi, calon muda PBB diletak untuk bertanding itu telah melalui proses bimbingan pemimpin parti bagi memastikan legasi parti terus dipelihara dengan baik.

“Kita di PBB ada latihan kepada setiap pemimpin muda. Sebab itu, kita di Sarawak tidak mempunyai masalah dalam penyerahan kuasa kepimpinan serta kestabilan politik dengan kompenan parti Barisan Nasional (BN) di Negeri ini,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, PBB tidak akan meletakkan calon muda tanpa melalui proses bimbingan dan latihan.

“Dalam proses ini pemimpin muda akan diajar dan dibimbing dari segi segala keperluan yang dikehendaki sebelum dipilih menjadi calon.

“Ini penting agar mereka boleh bercakap atau berbahas dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya bagi menjawab soalan yang ditanya pada forum Persekutuan Malaysia bertajuk ‘Masa Depan Sarawak’ di Dewan Tun Razak Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Tambahnya, berbanding parti pembangkang yang menggunakan platform calon muda tetapi tidak dilatih sebaik-baiknya, akhirnya memberi masalah ketika mewakili rakyat semasa persidangan dijalankan.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget