Siasat dakwaan pencemaran air Kampung Merakai: DAP


KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak menggesa kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan mengenai dakwaan masalah pencemaran air di Kampung Merakai, Serian.

Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen berkata, ia didakwa berlaku disebabkan oleh perladangan kelapa sawit di kawasan berkenaan.

Penduduk didakwa mengalami masalah kesihatan kulit dan banyak kesulitan lain kerana kampung itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Dipercayai penduduk perlu menggunakan air hujan dan air longkang yang tercemar untuk menjalankan aktiviti harian.

“Saya berharap ketua menteri mengota apa yang dinyatakan sebelum ini,melindungi alam sekitar memandangkan beliau menyebutnya baru-baru ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, semalam.

Sementara itu beliau turut menegaskan kepada Majlis Perbandaran Padawan (MPP) mengambil tindakan terhadap kewujudan pusat perjudian haram di kawasan bidang kuasa pihak majlis itu.

“Pengerusi MPP Lo Khere Chiang secara terbuka mengakui beberapa pemegang lesen hiburan menyalahgunakan lesen mereka,” katanya.

Beliau mempersoal berapa jumlah mana-mana pusat hiburan haram ditutup atau berapa banyak lesen telah dibatalkan?

“MPP adalah sebuah badan penguatkuasaan namun mereka tidak melakukan apa-apa. Saya akan meneruskan isu ini di dalam Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Mengenai isu lain, beliau menegaskan pemotongan subsidi pada tahun hadapan akan membebankan rakyat di negeri dan negara ini.

Bagi tahun 2016, kerajaan akan mengurangkan RM8,707 juta Subsidi dan Bantuan Tunai, RM950 juta (pengurangan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, pengurangan sebanyak RM210 juta (subsidi untuk petani padi), pengurangan RM528 juta subsidi harga beras dan pengurangan sebanyak RM150 juta subsidi harga tepung gandum.

“Ini menunjukkan bahawa ekonomi tidak melakukan dengan baik. Kerajaan perlu melihat isu ini dengan serius kerana ekonomi agak perlahan.

“Ia memberi kesan kepada pendapatan negara, penggunaan domestik tempatan termasuk sektor permintaan akan jatuh,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget