'Kesesakan Di Simpang Mambong Memberi Tekanan’


Para penduduk kampung daripada beberapa buah kampung seperti Mambong, Sikog, Simboh, Petag, Staang, Bangau, Tabuan Rabak and beberapa buah kampung lagi yang menggunakan jalan Mambong/Sarig telah beberapa kali mengadu kepada pihak berkuasa tempatan (MPP) berkaitan masalah kesesakan lalulintas dan kemalangan jalanraya yang kerap kali berlaku di persimpangan KM23, Jalan Puncak Borneo di daerah Padawan. 

Ramai yang berpendapat, bahawa masalah kesesakan lalulintas dan kekerapan kemalangan jalan raya yang berlaku di persimpangan tersebut adalah kerana ketiadaan lampu isyarat untuk mengawal bilangan kenderaan yang banyak yang datang dari kesemua ketiga-tiga arah, terutama sekali pada awal pagi apabila para pengguna jalan raya berebut-rebut hendak menuju ke destinasi masing -masing. 

Bilangan kenderaan yang banyak dari arah padawan menuju ke bandaraya Kuching dan sebaliknya telah menyebabkan para kenderaan yang menggunakan jalan Mambong/Sarig mendapati kesukaran untuk memasuki jalan Puncak Borneo sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas sehingga ke pintu pagar Jabatan Penjara Malaysia.

Kesesakan lalulintas bukan sahaja menyebabkan para pengguna jalan raya berasa tertekan kerana melambatkan perjalanan mereka untuk sampai ke detinasi masing-masing tetapi juga kerap kali menyebabkan kemalangan apabila pemandu cuba memasuki jalan Puncak Borneo melalui peluang dan ruang yang tidak mencukupi.

Seharusnya pihak kerajaan berasa lebih prihatin dengan masalah yang menimpa rakyat dan jangan menunggu sehingga nyawa terkorban atau harta benda musnah barulah hendak mengambil tindakan.

Justeru itu, saya menggesa pihak berkuasa samada mendirikan lampu isyarat di persimpangan jalan berkenaan atau mengarah pihak polis untuk mengawal lalulintas setiap awal pagi demi keselesaan dan keselamatan para pengguna jalan tersebut.

Sanjan Anak Daik
Setiausaha Politik kepada YB Chong Chieng Jen

-SarawakLIVE

Post a Comment

boleh komen sikit ttg kesesakan lalulintas di bulatan2 samarahan menuju tabuan diwaktu pagi? tq

maknanya rakyat Sarawak sudah maju, semua mampu membeli kenderaan, tiap tiap rumah setidak tidak ada 2 buah kereta tak kira besar kecil... maju Sarawak

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget