Rakyat bayar cukai tambahan RM20 bilion

Kerajaan terus bergantung kepada rakyat untuk mendapatkan pendapatan melalui pembayaran cukai bukan syarikat korporat.



KUALA LUMPUR: Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menyebabkan rakyat terus terbeban.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, ini kerana rakyat akan membayar cukai tambahan yang lebih.

Katanya, jika dilihat kandungan Bajet 2016 secara teliti, rakyat akan membayar tambahan cukai sebanyak RM20 bilion yang dikutip daripada rakyat.

“Dalam kita menghadapi situasi krisis pada tahun hadapan, ia akan menyebabkan rakyat terus terbeban ekoran membayar cukai yang lebih.

“Jelas menunjukakn kerajaan terus bergantung daripada rakyat dan terus mengenakan cukai. Kerajaan tidak lagi bergantung kepada cukai pendapatan korporat dan pendapatan institusi negara,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PKR itu berkata, dalam Bajet 2016 ini, tidak ada pembaharuan yang diperkenalkan malah perkara-perkara yang sama terus diulang berulang kali.

“Itu (perkara baru) tidak disebut oleh Perdana Menteri, malah tidak ada pengumuman baru,” katanya.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget