Sebaliknya, bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tindakan itu akan menganggu proses siasatan.
Mengulas mengenai syor untuk untuk muncul secara langsung di kaca televisyen, beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, menyifatkan kedua-dua mereka sebagai kebudak-budakan.
“Apa sahaja yang diberitahu dan disiasat oleh PAC perlu disimpan dalam kalangan ahli jawatankuasa sebelum ia dibawa ke Parlimen.
“Ahli PAC dipilih oleh Parlimen dan jika debat ini diadakan, jadi apa gunanya siasatan dilakukan,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.
Sebelum ini, Arul menarik balik syarat yang dibuatnya supaya Tony Pua meletak jawatan dalam PAC sebagai jaminan untuk dia bersemuka.-Free Malaysia Today
Post a Comment