Rundingan bebas mangsa culik di peringkat akhir

Jalaluddin Abdul Rahman (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Rosley Hobden dalam majlis perasmian Masjid al-Fattah di IPD Penampang, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
KOTA KINABALU – Polis yakin dua rakyat tempatan, Thien Nyuk Fun, 50, dan Bernard Ghen Ted Fen, 39, yang diculik kumpulan didalangi Muktadil Brothers di se­bu­­ah restoran makanan laut di San­dakan pada 14 Mei lalu akan dibebaskan dalam tempoh terdekat.

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, proses rundingan bagi membebaskan kedua-dua mangsa terbabit kini di peringkat akhir.

“Kita dalam proses rundingan, saya rasa (yakin) ini (pembebasan) akan berjaya. Kita berdoa (mangsa akan dibebaskan) dalam tempoh terdekat. Ini rundingan yang ter­akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian Masjid al-Fattah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pe­­suruhjaya Polis negeri, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer dan Ke­tua Polis Daerah Penampang, De­pu­ti Superintenden Rosley Hobden.

Masjid yang dibina dengan per­un­tukan sebanyak RM400,000 oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Ne­ge­ri Sabah (JHEAINS) serta beberapa penderma itu mula diguna­kan sejak Jun lalu dan mampu me­nampung sehingga 600 orang jemaah.

Jalaluddin memberitahu, pihak­nya berharap proses rundingan terakhir untuk membebaskan kedua-dua mangsa tidak diganggu oleh mana-mana pihak.

Mengenai tindakan beberapa pelancong asing berbogel di Pulau Sibuan, Semporna dengan gambar aksi tersebut menjadi viral di media sosial, beliau berkata, polis akan mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multi­media Malaysia (SKMM) untuk membantu siasatan.

“Ini termasuk mendapatkan beberapa fakta bagi pertuduhan termasuk berkaitan seorang suspek yang ditahan kelmarin. Kita juga sudah menghubungi Jabatan Imigresen, jika yang lain masih ada di sini, kita akan kesan dan tahan mereka,” tegasnya.

Terdahulu dalam ucapan peras­miannya, beliau menempelak tin­dakan beberapa pihak yang membuat bantahan terhadap pem­bi­naan masjid berkenaan.

“Ini rumah ibadat (bagi umat Islam). Jangan dipertikaikan kewujudan masjid ini. Masjid al-Fattah ini adalah atas permintaan anggota polis dan masyarakat setempat,” katanya.

- Utusan Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget