Jangan gadai hak Bumiputera di UITM


PETALING JAYA: Wira Perkasa mengecam keras cadangan untuk membuka pintu kepada kaum bukan Bumiputera bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Lanjutan dan Ijazah Kedoktoran di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris menegaskan agar pihak yang membuat cadangan tersebut melihat semula objektif penubuhan UiTM iatu untuk menyediakan peluang kepada kaum Bumiputera mengikuti pendidikan bertaraf professional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan.

Ia merujuk kepada kenyataan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Datuk Seri Utama Arsyad Ayob yang berpendapat sudah tiba masanya UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera demi meningkatkan persaingan dan menghasilkan lebih ramai cendekiawan.

“Saya ingin mengingatkan bahawa peratusan kek ekonomi Bumiputera sudah tidak banyak yang tinggal, jadi kepada mereka yang ‘bijak pandai’, bantulah untuk beri peluang kepada bakal graduan kaum bumiputera di UiTM dan meletakkan kedudukan ekonomi kita kembali kukuh.

“UiTM dibina untuk membentuk dan melahirkan graduan dan cedekiawan dari golongan kaum Bumiputera.

“Apa lagi alasan jika kita tidak mengutamakan Bumiputera di Malaysia?” soalnya.

Selain itu, Irwan juga mempersoal sebab hak keistimewaan Bumiputera di UiTM diganggu.

Oleh itu, Irwan menasihatkan Pro Canselor UiTM melupakan hasrat membuka pintu kepada kaum bukan Bumiputera jika beliau masih merasakan kepentingan kaum Bumiputera harus dipelihara.

“Kepentingan ini harus dipertahankan bagi menjamin masa depan kaum Bumiputera!” tegasnya.

- Free Malaysia Today
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget