Muhyiddin Ada Hak Bercakap Apa Saja


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai hak untuk berbuat atau bercakap apa sahaja kerana beliau masih menjawat jawatan itu di dalam parti.

Demikian pandangan bekas menteri Kabinet, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) mengenai kelantangan Muhyiddin untuk terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin menyeru mana-mana ahli akar umbi parti yang hakikatnya tidak menyokong tampuk pemerintahan Najib untuk tampil kehadapan bersama-samanya.

“Beliau (Muhyiddin) bebas untuk buat apa sahaja yang beliau suka dan apa sahaja yang beliau fikir. Terpulang kepada orang lain untuk mempertimbang sama ada apa yang dilakukan beliau betul atau salah,

“Beliau selaku timbalan presiden parti itu lebih tahu kemelut dalaman yang berlaku di dalam parti,” kata Ku Li sewaktu ditemui media di Parlimen, semalam, lapor sumber berita Sinar Harian.

Tambah Ku Li lagi, Muhyiddin berhak menyatakan pandangannya di atas nama sebuah negara yang berdemokrasi.

“Saya rasa beliau berhak bercakap apa saja. Kita hidup dalam masyarakat majmuk dan terbuka,

“Masalah (zaman sekarang) adalah kita sangat terhubung dengan dunia. Semua benda boleh jadi viral dalam masa yang singkat,” katanya.

- Malaysia Digest

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget