Adenan: 1MDB tiada kaitan dengan saya


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menegaskan dia tiada sebarang kaitan dengan 1MDB ketika ada pihak cuba mengaitkan sokongan kepadanya adalah sama seperti menyokong Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Adenan mengakui strategi itu - yang diambil pembangkang - sebagai "bijak".

"1MDB tak ada kena mengena dengan Sarawak. Saya sendiri tidak tahu apa 1MDB sehingga enam bulan lalu. Sekarang pembangkang cuba mengaitkan saya dengan Najib.

"Pembangkang mahu mengatakan bahawa sesiapa yang mengundi Adenan adalah mengundi Najib.

"Mereka cuba menjadi bijak tetapi saya tiada sebarang kaitan dengannya," kata beliau dalam pertemuan dengan komuniti Sarawak di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataan Adenan itu dibuat bagi menjawab satu soalan mengenai kemungkinan skandal 1MDB akan memberi kesan kepada kepimpinannya di Sarawak.

Perdana menteri kini berdepan desakan supaya berundur kerana pendekatannya menangani isu 1MDB yang kini dibebani hutang bernilai AS$11 bilion, serta penemuan dana RM2.6 bilion dalam akauan persendirian beliau.

Najib menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi, manakala penyokong beliau mndakwa wang itu adalah derma dari Timur Tengah.

Menurut Adenan tidak adil untuk menghukum 1MDB sebelum siasatan disiapkan.

"Tetapi sesetengah orang membuat kesimpulan. Biarkan siasatan dijalankan terlebih dulu dan dapatkan fakta mengenainya.

"Sebelum siasatan disiapkan orang ramai menghukum, itu tidak adil.

"Namun sama ada adil atau tidak adil, ia tiada kaitan dengan Sarawak," katanya.-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget