Pelantikan Nasharuddin sebagai CEO GMM dipersoal – Amanah

Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Dzulkefly Ahmad berkata individu yang sepatutnya mengepalai GMM perlulah merupakan seorang yang sederhana, bersifat inklusif serta mempunyai pandangan yang moderat dan toleransi.

KUALA LUMPUR - Pelantikan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) dilihat tidak bersesuaian kerana beliau diketahui merupakan seorang yang konservatif.

Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Dzulkefly Ahmad berkata individu yang sepatutnya mengepalai GMM perlulah merupakan seorang yang sederhana, bersifat inklusif serta mempunyai pandangan yang moderat dan toleransi.

Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Nasharuddin Mat Isa.
“Saya mendoakan beliau (Nasharudin) berjaya dan kita akan dapat lihat sejauh mana kesederhanaan beliau.

“Sekiranya individu tersebut bukanlah seorang yang berpandangan sederhana dan mempunya DNA bersifat perkauman, dia boleh cuba untuk menunjukkan kesederhanaan tetapi sifat sebenarnya akan terserlah dengan mengucapkan kata-kata berbaur perkauman,” kata Dr Dzulkefly ketika dihubungi The Rakyat Post.

Tambahnya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif GMM, Datuk Saifuddin Abdullah yang telah meletakkan jawatan selepas menyertai PKR merupakan seorang yang cuba menjelmakan kesederhanaan sebenar tidak kira dari sudut budaya dan juga agama.

Sementara itu, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mempersoal pelantikan Nasharuddin berkenaan yang mana beliau masih lagi merupakan ahli parti pembangkang iaitu Pas.

Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Jelasnya, berdasarkan keadaan semasa, Nasharuddin dilihat sesuai untuk menjawat untuk jawatan tersebut.

“Bukan sahaja beliau merupakan seorang yang konservatif, tetapi pendirian beliau terhadap masyarakat berbilang kaum juga bersifat berat sebelah.

“Bagaimana dia hendak membawa agenda kesederhanaan sedangkan dia sendiri tidak begitu?

“Pelantikannya itu dibuat sesuai dalam keadaan ketika ini yang tidak begitu stabil dan yang sesuai dengan kelayakannya,” ujarnya.

Pelantikan Nasharuddin itu diumumkan oleh Pengerusi GMM, Tan Sri Razali Ismail yang mana bekas Ahli Parlimen Bachok itu akan memulakan tempoh perkhidmatan beliau sebagai CEO bermula pada 1 November depan.

- The Rakyat Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget