Kerajaan Tidak Haramkan Vape - Ismail Sabri


PUTRAJAYA  -- Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berkongsi berita itu menerusi laman Facebook beliau, Ismail Sabri dalam catatannya menulis: "... Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape".

Rabu lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kerajaan akan menimbang untuk mengharamkan penggunaan vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya.

Dr Subramaniam berkata kementerian juga sedang meneliti undang-undang bagi menambah baik akta sedia ada.

- Bernama
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget