PAS sambut baik lima teras utama Bajet 2016


KUCHING: Timbalan Ketua Pemuda PAS Sarawak Zharudin Narudin menyambut baik lima teras utama Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lepas.

Namun menurut Zharudin, seperti biasa tiada yang mengejutkan dalam bajet kali ini melainkan ayat-ayat manis yang disusun untuk dibaca oleh Perdana Menteri bagi mengambil hati rakyat.

Sebagai anak Sarawak antara inti pati yang menarik perhatian Zharudin dalam bajet kali ini ialah pinjaman maksimum RM50,000 tanpa faedah untuk setiap isi rumah di rumah panjang bagi membaik pulih rumah panjang.

“Ingin saya tegaskan langkah ini tidak akan dapat membantu secara sepenuhnya kerana permasalahan utama di kebanyakan rumah panjang adalah pemilikan tanah mereka.

“Kita sedia maklum kerajaan negeri sukar untuk memberi pemilikan tanah dan masalah lain akan timbul apabila tiba masa untuk pembayaran balik pinjaman.

“Alangkah moleknya jika Perdana Menteri memberi tumpuan untuk memulihkan sistem pengangkutan dan akses utama dari kawasan pedalaman, membina dan membangunkan ekonomi berasaskan tani dengan lebih serius,” katanya.

Tawaran lain seperti dijanjikan tidak akan ada tol kepada operasi Lebuh Raya Pan Borneo hanyalah tawaran bersifat tidak tetap apatah lagi ia belum siap dan polisi boleh berubah mengikut kehendak Barisan Nasional (BN).

“Tumpuan sepenuhnya bukan sahaja kepada menaikkan imbuhan dan tawaran bayaran sekali kepada rakyat tetapi bajet yang dibentangkan hendaklah inklusif dalam meningkatkan taraf hidup rakyat dengan tidak mengabaikan keutuhan ringgit.

“Sebagai contoh, apakah signifikan jika tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan untuk penerbangan domestik pedalaman Sarawak?

“Kemudiaan gaji minimum dinaikkan daripada RM800 kepada RM920. Bagaimana isu kabotaj? Adakah kenaikan gaji minimum ini menyelesaikan masalah bebanan harga pasaran Sarawak yang lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia?

“Saya juga tidak memahami kenapa banyak kelayakan diberikan kepada penerima e-Kasih sahaja sedangkan rakyat di luar sana merungut untuk mendapat kelayakan e-Kasih adalah sukar dan sangat sedikit yang terpilih dan disenarai.

“Cuba bayangkan nasib rakyat Sabah dan Sarawak yang tidak tersenarai dalam skim e-Kasih ini,” ujarnya kepada Utusan Borneo sambil menambah, secara keseluruhannya bajet ini hanya bertumpu kepada kenaikan subsidi dan bantuan tertentu yang bersifat sekali sahaja.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget