DUN Sarawak Bubar 11 April


Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan tarikh 11 April sebagai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN) Sarawak.

Tarikh tersebut telah diperkenan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang diPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud ketika beliau mengadakan pertemuan dengannya pagi tadi.

Dalam pertemuan tersebut, TYT meminta supaya DUN Sarawak dibubarkan.

Dalam pada itu Adenan berkata kepada media sebentar tadi dalam satu sidang media khas bahawa akan menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh bagi hari penamaaan calon dan hari mengundi.-SarawakLive

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget