CUEPACS Sarawak sokong gesaan penjawat awam tidak terlibat perhimpunan


KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak semalam melahir tanda sokongan terhadap kenyataan Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda baru-baru ini menasihatkan penjawat awam agar tidak terlibat dalam sebarang himpunan bertujuan menjatuhkan kerajaan.

Setiausaha CUEPACS Sarawak Omar Bahrein Unin berkata, penjawat awam di negeri ini perlu berfikiran wajar sebelum bertindak lebih-lebih lagi melibatkan pembawaan imej negeri Sarawak yang baik.

“Kita tidak mahu dengan penglibatan segelintir penjawat awam dalam perhimpunan menjatuhkan kerajaan dari negeri ini (Sarawak), ia boleh memburuk nama Sarawak di mata rakyat luar.

“Pada masa sama, kita (penjawat awam) berkhidmat dalam kerajaan dan sepatutnya hubungan baik dengan kerajaan Sarawak perlu dihargai dan dikekal demi kebajikan semua antara kita,” katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, CUEPACS banyak menjalinkan kerjasama dengan kerajaan dalam pelbagai perkara berkaitan kebajikan pekerja sektor awam dari dahulu sehingga kini.

Justeru, jelasnya, penjawat awam perlu menghargai setiap usaha dan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan setiap penjawatnya.

“Misalnya, beberapa seminar penjawat awam anjuran CUEPACS Sarawak diadakan di Kuching, Sri Aman, Sibu dan Miri dengan kerjasama baik antara kerajaan yang berjalan lancar serta mendapat sambutan baik,” katanya.

Baru-baru ini, CUEPACS mengeluar kenyataan berhubung sokongan penuh ditunjuk kesatuan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justeru, CUEPACS menasihatkan penjawat awam khasnya di seluruh negara supaya tidak terpengaruh sentimen berbaur politik yang bertindak menjatuhkan kerajaan.

Azih dalam kenyataannya juga memberi amaran kepada penjawat awam bahawa CUEPACS tidak mampu memberi pembelaan kepada mana-mana penjawat awam yang diambil tindakan tata tertib mengikut Perintah Am Bab D. -Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget