15 pertubuhan kemuka Manifesto Untuk Rakyat kepada calon PRN


MIRI: Sebanyak 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan Manifesto Untuk Rakyat (MUR) yang akan diserahkan kepada mana-mana calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengerusi Jaringan Selamatkan Sungai-Sungai Sarawak (Save Rivers Network) Peter Kallang berkata manifesto itu akan diserahkan kepada calon-calon tidak kira daripada pembangkang atau Barisan Nasional (BN).
“Kebanyakan MUR dikemukakan melibatkan isu-isu seperti kos sara hidup rakyat, tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), isu demokrasi dan sebagainya diserahkan kepada calon-calon pada PRN nanti,” katanya di sini, semalam.
Peter berkata sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar, maka pihaknya akan berjumpa dengan mana-mana calon PRN untuk menyerahkan manifesto berkenaan.
“Terpulang kepada mereka sama ada menerima manifesto itu atau sebaliknya dan jika mereka menerima, maka kami akan menyokong mereka sepanjang tempoh kempen dan memastikan manifesto itu diuar-uarkan,” jelasnya.
Antara NGO yang bergabung mengemukakan manifesto itu ialah Save Rivers, Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS), Borneo Resources Institute Malaysia (BRIMAS) dan Ja-ringan Tanah Hak Adat Asal Sarawak (TAHABAS).
Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Non-Timber Forest Product Malaysia (NTFP), Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS), Gerakan Dayak Sarawak (GASAK) dan Integra-ted Development for Eco-Friendly and Appropriate Lifestyle (IDEAL).
Selain itu, Sibu Election Watch (SEW), Rise of Sarawak Effort (ROSE), Sarawak Indigenous Youth Network (SIYN), Sarawak Indigenous Lawyers Association (SILA), Baram Kini dan Jaringan Penduduk Akah, Patah dan Selungo. - Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget