Gerald Rentap Calon DUN Layar


BETONG: Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar, yang telah diwakilinya sejak lebih 40 tahun.

Sehubungan itu, calon yang dianggap sesuai untuk menggantikan kerusi tersebut pada pilihan raya negeri Sarawak ke 11 adalah anak beliau sendiri Gerald Rentap.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Adenan memberitahu dalam ucapannya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Perpaduan Debak, disini petang tadi mengenai penglibatan Alfred Jabu adalah yang paling lama dalam sejarah perkhidmatan.

“Namun begitu, Jabu mengundur diri diatas alasan sudah tiba masanya memberi peluang kepada generasi muda demi kebaikan parti dan rakyat amnya,”katanya.

Pada pilihan raya negeri lalu, Jabu telah memperoleh majoriti 1,916 undi sekaligus mengetepikan Joe Unggang daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Stanny Embat Pharoh Laja (PKR) dan calon Bebas, Ngumbang Datu.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sarawak turut mengumumkan calon bagi Dun Saribas iaitu Mohd Razi @ Ricky Sitam dan Dun Lingga, Simoi Peri.-Sarawakiana

Post a Comment

Abg Zul lwn Simoi, Yakub Daud lwn Mod Razi .Pkr lwn Pbb one to one.Harap tiada calon Keith baru tahu kekuata
an masing2. Bagus untuk negeri swk baru betul2 demokrasi. Harap fair play.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget